MELAKA: Penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas termasuk tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.
Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, berkata, dilema tersebut sering dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman yang ada, hingga menyebabkan mereka tawar hati untuk menerima tawaran berlakon.
"Ibu banyak tolak tawaran sejak kebelakangan ini. Ibu merayu kepada penerbit turunlah padang, jenguk-jenguklah berapa yang dibayar kepada kami kerana kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar, pengurus produksi yang tak bayar.
"Banyak orang tidak tahu tentang perkara ini. Kita penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil. Kebanyakan anak seni memendam rasa, makan hati sendiri dan disebabkan minat, mereka telan juga," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka di sini, pada Selasa.
Wan Maimunah yang sudah 50 tahun terbabit dalam industri seni tanah air berkata, beliau kini lebih selesa bekerja secara sukarela mengikut kehendak sendiri daripada menerima tawaran tetapi dibayar seadanya.
Pelakon serba boleh yang sinonim dengan watak air mata itu juga berkata, bakat yang ada pada seseorang pelakon atau seniman di negara ini tidak dipandang tinggi oleh pihak tertentu terutama syarikat produksi drama, sebaliknya, mereka lebih melihat kepada jumlah pengikut di media sosial.
"Sangat berbeza di luar negara kerana mereka lebih menghargai bakat yang ada pada seseorang seniman. Bukan kita minta anak seni disanjung atau ditatang tetapi hormati mereka," kata pelakon kelahiran Tebrau, Johor itu.
Terdahulu, Wan Maimunah yang juga pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian dari 1992 hingga 1996/1997 berkata, sumbangan dan sijil penghargaan yang diterima sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka merupakan antara anugerah paling bernilai buat dirinya.
Beliau berkata, sumbangan itu menunjukkan masih terdapat pihak yang tidak melupakan golongan seniman di negara ini dan menghargai jasa mereka terhadap industri seni tanah air.
Pada majlis itu, pelakon tersebut menerima sumbangan makanan, wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Wan Maimunah tidak mampu menahan air matanya ketika meluahkan kekecewaannya mengenai layanan tidak setimpal diterima oleh golongan pelakon veteran sepertinya daripada syarikat produksi. - Gambar BERNAMA
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
'Tak apalah, memang bukan rezeki saya' - Tergamak bayar Wan Maimunah RM200 berlakon drama
Luluh hati pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, apabila hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, bulan lalu.
Banyak artis memendam rasa, kerja penat tapi tidak dibayar - Wan Maimunah
Banyak orang tidak tahu ada artis yang penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil, dedah Wan Maimunah.
All Star Buka Panggung bukan sekadar hiburan semata-mata
Program ini bukan sahaja memberi hiburan kepada penonton malah ia juga memberi bantuan buat pelakon-pelakon yang pernah mewarnai industri satu ketika dahulu.
"Janganlah ambil aku sebelum aku mengerjakan haji" - Pelakon Wan Maimunah
Insya-Allah...
Wan Maimunah kesal difitnah meninggal dunia
Pelakon veteran Wan Maimunah mengakui kesal apabila ada pihak yang cuba menyebarkan berita fitnah terhadap dirinya ketika sedang sakit.
'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah
Pelakon Wan Maimunah telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
'Allah masih sayangkan saya' - Wan Maimunah
Seniwati terkenal, Wan Maimunah memohon agar tiada lagi pihak yang menyebarkan fitnah kononnya dia telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka sejak Sabtu lalu.
Ada jangkitan paru-paru, Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah
Pelakon veteran Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas.
Wan Maimunah akhiri zaman janda
Pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon, 53, dengan sekali lafaz pada Jumaat.